Friday, October 9, 2009

Orang Kita

Orang Kita sama sahaja. Cuma warna kulit yang boleh membezakanya. Atau bentuk tubuh yang membezakannya. Kalau dahulu yang bermat sepet itu ialah Cina. Berkulit gelap itu adalah India. Berserban besar itu Sikh. Tetapi, Sejak negara mencapai kemerdekaan, bukan orang Cina sahaja yang bermata sepet. Melayu pun dah ada yang mata sepet. Samada semulajadi sepet. Atau disepetkan. Indiapun dah ada yang mata sepet. Tetapi jarang-jarang seperti kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlie. Apa yang ingin disampaikan disini ialah tentang orang kita setelah 53 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan. Orang kita telah banyak berubah. Pelbagai perkara mereka berubah. Berubah dari segi berfikir. Berubah dari segi bersuara. Berubah dari segi berpakaian. Berubah dari segi pergaulan. Berubah dari segi fesyen dan pemakanan. Malah boleh dikatakan segala-galanya berubah. Tetapi apa yang masyarakat kita tidak dapat berubah ialah sikap dan perilaku. Sikap adalah sesuatu sifat atau perangai yang sukar untuk diubah. Hanya insan itu sendiri perlu berazam dan berusaha untuk mengubahkannya barulah sikap itu boleh berubah. Jika dahulu orang kita mungkin tak mewah dengan makan dan minum. Jika dahulu orang kita mungkin tak sebebas seperti hari ini. Tetapi kemewahan hari ini telah mengikis sikap dan susilan yang murni dan harmoni. Orang kita pada hari ini sungguh memalukan dan memualkan. Lihat jika ada majlis seperti jamuan hari raya. Orang kita yang paling tidak ada adap dan etika didalam melayan kehendak nafsu. Berebut. Bertolak. Bersamun. Tak ubah seperti sekumpulan ayam itik yang berebut makanan yang dicampakan oleh tuannya. Alangkah malunya kita jika sikap seperti ini menjadi amalan dan budaya kita yang selama ini dikenal sebagai amat berbudi bahasa dan lembut tingkah lakunya. Cuba kita renung dan fikir-fikirkan.

No comments: