Monday, November 23, 2009

Tunggu Apa Lagi???

Sudahkah anda menjadi anggota koperasi?
Jika belum, inilah masanya untuk anda merangka masa depan dan berjimat cermat untuk masa mendatang. Dikoperasi ini pelbagai kemudahan disediakan. Apakah kelebihan menjadi anggota koperasi?
Pinjaman: Kami menyediakan kemudahan pinjaman berikut kepada anggota-anggota
  1. Pinjaman Tunai.
  2. Pembelian Motosikal, Komputer dan Perabut.
  3. Pembiayaan Hartanah (Tanah dan Rumah).
  4. Pembiayaan Insuran Kenderaan dan Cukai Jalan.
  5. Derma Kematian.
  6. Perlindungan Insuran Tabaru' dan Takaful Malaysia.
  7. Hadiah dan Derma Pelajaran kepada anak-anak anggota.
  8. Jika anda merupakan pelanggan setia dengan stesen Petronas Kota Kenari dan Taman Seluang, anda layak untuk memenangi hadiah menarik pada setiap tiga bulan cabutan pelanggan stesen.

Berapa Yuran Kena Dibayar?

  • RM600.00 hingga RM800.00 =RM40.00 sebulan.
  • RM801.00 hingga RM1200.00 =RM50.00 sebulan.
  • RM1201.00 hingga RM1600.00 =RM60.00 sebulan.
  • RM1601.00 dan keatas = RM70.00.
  • Anggota yang bersara boleh terus kekal menjadi anggota dengan yuran minima RM40.00sebulan.

Bagaimana Untuk Menyertainya?!

Mudah! sila hubungi talian 04 4907373 atau datang sendiri ke

No. 29,

Jalan Putra 12, Pusat Perniagaan Putra, Kelang lama, 09000 Kulim, Kedah.

Wednesday, November 18, 2009

Sebutharga Membeli Asset Koperasi (Tanah & Bangunan

Sebutharga untuk membeli tanah dan bangunan milik Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Bhd. seperti yang diputuskan didalam Mesyuarat Agung ke 52 telah dikeluarkan mulai 17 November 2009 dan ditutup pada 24 Disember 2009. Semua anggota koperasi yang layak dijemput menyertai sebutharga tersebut.Pelan tanah serta sempadan lot boleh disemak di pejabat koperasi pada hari dan waktu pejabat.Harga rezab bagi hakmilik tersebut adalah seperti berikut; HSD 669 harga rizab RM70,000.00. HSD 670 harga rizab RM67,000.00.

Wednesday, October 21, 2009

Skim Cepat Kaya (Skim Cepat Susah)

Skim Cepat Kaya (SCK) bermaksud satu bentuk pelaburan yang menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan bebas daripada sebarang risiko, yang tidak berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Ciri-Ciri SCK
1. Wang kutipan skim pelaburan tidak digunakan untuk menjalankan perniagaan seperti yang dimaklumkan kepada anggota/pelabur;
2. Perniagaan yang kononnya dijalankan seperti rumpai laut, penternakan lembu, cacing, lintah, serai dan pembekalan barangan pengguna dan alat ganti kapal hanya sebagai 'camouflage' untuk mengaburi anggota/pelabur;
3. Skim pelaburan menawarkan pulangan keuntungan yang tidak munasabah iaitu antara 10% hingga 20% sebulan atas modal pelaburan; dan
4. Pembayaran dividen dibuat tanpa asas iaitu tanpa laporan prestasi projek dan interim audit projek.

dicatat oleh Setiausaha Koperasi

Prinsip-Prinsip Koperasi

1. Anggota sukarela dan terbuka
2. Kawalan demokrasi oleh anggota
3. Penglibatan ekonomi oleh anggota
4. Autonomi dan kebebasan
5. Pendidikan, latihan dan maklumat
6. Kerjasama antara koperasi
7. Mengambil berat terhadap masyarakat

dicatat oleh Setiausaha Koperasi

Friday, October 9, 2009

Orang Kita

Orang Kita sama sahaja. Cuma warna kulit yang boleh membezakanya. Atau bentuk tubuh yang membezakannya. Kalau dahulu yang bermat sepet itu ialah Cina. Berkulit gelap itu adalah India. Berserban besar itu Sikh. Tetapi, Sejak negara mencapai kemerdekaan, bukan orang Cina sahaja yang bermata sepet. Melayu pun dah ada yang mata sepet. Samada semulajadi sepet. Atau disepetkan. Indiapun dah ada yang mata sepet. Tetapi jarang-jarang seperti kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlie. Apa yang ingin disampaikan disini ialah tentang orang kita setelah 53 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan. Orang kita telah banyak berubah. Pelbagai perkara mereka berubah. Berubah dari segi berfikir. Berubah dari segi bersuara. Berubah dari segi berpakaian. Berubah dari segi pergaulan. Berubah dari segi fesyen dan pemakanan. Malah boleh dikatakan segala-galanya berubah. Tetapi apa yang masyarakat kita tidak dapat berubah ialah sikap dan perilaku. Sikap adalah sesuatu sifat atau perangai yang sukar untuk diubah. Hanya insan itu sendiri perlu berazam dan berusaha untuk mengubahkannya barulah sikap itu boleh berubah. Jika dahulu orang kita mungkin tak mewah dengan makan dan minum. Jika dahulu orang kita mungkin tak sebebas seperti hari ini. Tetapi kemewahan hari ini telah mengikis sikap dan susilan yang murni dan harmoni. Orang kita pada hari ini sungguh memalukan dan memualkan. Lihat jika ada majlis seperti jamuan hari raya. Orang kita yang paling tidak ada adap dan etika didalam melayan kehendak nafsu. Berebut. Bertolak. Bersamun. Tak ubah seperti sekumpulan ayam itik yang berebut makanan yang dicampakan oleh tuannya. Alangkah malunya kita jika sikap seperti ini menjadi amalan dan budaya kita yang selama ini dikenal sebagai amat berbudi bahasa dan lembut tingkah lakunya. Cuba kita renung dan fikir-fikirkan.

Sunday, August 2, 2009

Ilmu-Ilmu

Hari ini ramai orang memiliki ilmu dan mencari ilmu. Ada yang inginkan ilmu untuk cepat menjadi kaya. Ada yang inginkan ilmu untuk memikat wanita. Ada yang inginkan ilmu untuk menundukan lawan. Pendek kata bermacam-macam ilmu cuba dipelajari dan diamalkan. Diantara ilmu-ilmu tersebut; ilmu kebal, ilmu pendekar, ilmu meresap dan ilmu berhantu banyak dimiliki tanpa melalui guru.
Ilmu Kebal; selalu digunakan oleh seseorang untuk mengelakan diri daripada terlibat dengan tugas atau tanggungjawab yang seharusnya menjadi tugasnya. Selalunya orang yang memiliki ilmu kebal sukar mengaku akan kelemahannya. Maklomlah ia kebal. Ilmu Pendekar; digunakan untuk mengelak dan menepis daripada segala arahan dan tanggungjawab. Orang yang memiliki ilmu pendekar bijak menepis segala perentah yang diarahkan kepadanya. Orang ini sentiasa menepis setiap apa yang ditujukan kepadanya. Ilmu Meresap umpama roti Chipsmore. Sekejap ada, sekejap tiada. Orang ini selalu mengambil kesempatan untuk menghilangkan diri apabila tenaganya diperlukan. Manakala Ilmu Hantu merupakan satu ilmu yang digunakan untuk mencocok kawan dan lawan supaya sentiasa bertelagah.

Sunday, July 12, 2009

Takut Apa Orang Lain Kata

Penyakit takut apa orang lain kata ini, adalah salah satu penyakit manusia primitif yang pengendalian sosialnya juga bersifat primitif, dimana gosip merupakan salah satu cara pengendalian sosial yang efektif. Penyakit primitif ini masih dihidapi oleh masyarakat kita yang kita akui sudah bertamadun, dihidapi oleh hampir setiap institusi sosial kita, daripada yang sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya. Kita jadi kurang yakin, mungkin kerana kurang ilmu. Sebagai contoh, sering dapat kita lihat atau kita alami sendiri, dalam melaksanakan sesuatu tindakan untuk kebaikan keluarga kita sendiri, kita sering takut-takut. Takut nanti apa kata orang lain, apa kata jiran sebelah, apa nanti kata si anu. Akhirnya, apa yang baik itu tidak jadi kita kerjakan.

Fikir-fikirkanlah.

Katak

Seekor katak merasa amat bangga dan selesa apabila dapat melompat sesuka hati dibawah tempurung yang kecil. Setiap kali dia melompat, dia akan menerjah kulit tempurung. Setiap kali dia merangkak dia merasakan seluruh dunia sudah dikuasainya.
Satu hari seekor lembu telah tersepak tempurung tersebut. Terkejut besarlah sikatak yang berada dibawah. Dia melompat semahunya. Dan terus melompat dan melompat. Alangkah luasnya dunia ini kata sikatak!

Mesejnya..........setiap manusia perlukan perubahan. tanpa perubahan manusia itu kekal jumud dan ketinggalan.....

Saturday, July 11, 2009

Satu Waktu Dahulu


Satu waktu dahulu, orang lebih mengenali ceti. Sebab ceti boleh beri pinjam duit. Dalam cerita P.Ramlie pun ada sebut pinjam ceti. Ceti memainkan peranan penting satu waktu dahulu dalam memerangkap orang-orang miskin terutama pekerja rendah, petani, nelayan dan penoreh. Ceti akan memberi pinjaman dengan kadar bunga yang tersangat tinggi. Peminjam yang tidak dapat membayar balik bayaran pokok, memadai hanya membayar bunganya sahaja pada tiap-tiap bulan. Sebab itulah banyak tanah, kebun, ladang dan sebagainya tergadai kepada ceti. Di Kulim ada kampong bernama Kampong Ceti. Sampai begitu hebatnya peranan ceti. Nah, setiap tahun ceti akan balik ke India untuk hantar duit kepada suku sakat di India...........

Hari ini, masih ramai dikalangan masyarakat kita terperangkap dengan Ah Long. Peranannya sama seperti ceti diawal tahun 70 an. Bezanya ceti zaman moden ini lebih ganas dan zalim. Kalau bayaran pinjaman tidak dilunaskan, nyawa dan keselamatan anak isteri menjadi taruhan. Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri telah melancarkan perang terhadap Ah Long. Namun dimana tempat kita boleh membuat pinjaman? Dimana tempat kita boleh membuat simpanan untuk hari tua? Dimana tempat kita boleh meminta bantuan semasa kita amat memerlukannya? Jawapannya.....Sertailah bersama-sama kami dengan menjadi Anggota Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Berhad. hubungi kami dengan segera.........

Sunday, June 14, 2009

Friday, June 5, 2009

KAD MESRA BARU


Perhatian kepada semua ahli,

Dapatkan Kad Mesra Baru anda di Pejabat Koperasi dengan segera untuk menikmati lebih ganjaran berbanding program terdahulu. Kini mata tebusan boleh digunakan terus untuk membeli bahan api ataupun barangan di kedai mesra dengan mudah dan cepat.

Kad Mesra Real Rewards yg lama akan ditamatkan perkhimatannya pada 1 Mei, dan pelanggan dinasihatkan untuk menukar kepada yg baru dengan percuma. Mata yang terdapat dalam kad lama boleh dipindahkan kepada kad baru atau ditebus terus dgn barangan.

Thursday, May 28, 2009

Kisah jam

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. "Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetak paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?". "Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?". "Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" "86,400 kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan. "Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" "Dalam satu jam harus berdetak 3,600 kali? Banyak sangat tu" Jam tetap ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian berkata kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetak satu kali setiap detik?". "Naaaah, kalau itu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh yakin. Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetak satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetak tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetak sebanyak 31,104,000 kali.

Moral :

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang semula kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun. Jangan berkata "tidak" sebelum anda pernah mencubanya.

Wednesday, May 27, 2009

Gadjet futuristik

Gadjet-gadjet yang canggih yang akan digunakan oleh kita.............best gilerNokia Aeon

Nak tengok gadjet yang lagi best, klik link ni....

http://stranges-world.blogspot.com/2009/05/futuristicconcept-gadgets.html

Ada faham?

Tergelak baca blog ni ,

Biasanya pelayan restoran atau warung mempunyai tulisan pendek yang dia orang sendiri faham. Kalau roti telur tulis RT , Milo Ais jadi MA..tapi baca yang mamak tulis ni masa ambil order..


M.G. MAMA (mee goreng mamak), Tullu Mashta (telur mata), cisu nan (cheese nan)

TQ, isuhangat

Tuesday, May 26, 2009

Coklat crispy ???????



Saya mendapat email mengenai keraguan pembaca mengenai coklat berjenama CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD didapati mengandungi EMULSIFIER (E476) iaitu kod lemak babi yang jelas haram di makan oleh umat Islam.

Walau bagaimana pun logo Halal tertera di belakang sampul plastik Crispy tersebut.

Saya googling dan mendapati E476 boleh terdiri dari lemak haiwan atau sayuran. E476 Coklat Crispy ni ambil dari mana ya?

Kalau was-was baik kita tinggalkan... banyak lagi benda yang halal untuk dimakan.

Untuk mengetahui kod babi yang tersebar di internet satu masa dahulu boleh download dengan klik PAUTAN di bawah
http://blalang.com/files1/kod.htm

Senyum Sikit

Hari Paling Buruk
Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu. Lelaki yang empunya gelas terus menangis. "Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori. "Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!" "Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.

NANGKA BERACUN
Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..

'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN... ... ...

Monday, May 25, 2009

NIKMAT BERSEDEKAH

Catatan ini hanyalah renungan

PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh.
Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin.
Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.
Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas 19 sukarelawan wanita dan dibekalkan sebanyak AS$100 (RM347). Kemudian pengkaji-pengkaji ini meneliti aktiviti otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI).
Melalui pengimbas canggih itu segala aktiviti otak dapat dikesan dengan mudah dan respons pengesanan adalah amat teliti. Kemudian kesemua wanita ini ditunjukkan bahawa wang mereka telah dimasukkan ke dalam akaun tabung makanan (atau di sini sama seperti akaun zakat).
Apabila wang tersebut disahkan telah diterima, maklumat tersebut segera mengaktifkan bahagian otak untuk rasa seronok. Bahagian-bahagian itu ialah caudate nucleus dan nucleus accumbens yang diketahui sebagai bahagian untuk rasa seronok. Kajian tersebut juga menunjukkan jika sukarelawan itu terpilih untuk mengedarkan wang tersebut, contohnya, menjadi wakil untuk memberikan wang sedekah kepada rumah anak yatim, ia akan meningkatkan lagi rasa seronok.
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bahagian otak yang teraktif itu jugalah bertanggungjawab untuk rasa seronok seperti memakan manisan, hubungan kelamin, perlindungan, dan juga rakan taulan. Ini semua adalah dikaitkan sebagai keperluan asas seorang manusia.
Nabi kita telah memberitahu kita lama dahulu bahawa hanya orang yang banyak bersedekah tahu nikmatnya. Tidak hairanlah penulis pernah melihat pakcik tua pada hari Jumaat pasti bersedekah.
Pakcik tersebut tahu, kita yang muda ini mungkin ada banyak pilihan lain untuk berseronok. Teringat pula kehebatan Umar bersedekah separuh hartanya dan dia rasa seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Abu Bakar yang bersedekah seluruh hartanya. Kita?

Saturday, April 18, 2009

Saturday, April 11, 2009

LAWATAN KE SINGAPURA DAN JOHOR

Jawatankuasa Kecil Perhubungan Anggota Koperasi akan menganjurkan satu lawatan ke Singapura dan Johor. Maklumat lawatan tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh lawatan : 28, 29 dan 30 Mei 2009
Penyertaan : 40 orang
Pengangkutan : Bas
Tambang : RM350 (Dewasa) RM200(belum ada Kad Pengenalan)
Wang Pendahuluan : RM100 sebelum 17.05.2009 (Tidak akan dikembalikan jika batal penyertaan)
Tarikh tutup permohonan : 17.05.2009

Pinjaman pelancungan sebanyak RM2000 disediakan untuk yang memerlukannya.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi En. Ishak Yasin 013-4183495

Thursday, April 2, 2009

Jawatan Pengurus Stesen Minyak

Koperasi ini sedang mencari calun-calun yang berkelayakan dan mempunyai minat dan kometmen yang tinggi sebagai pengurus stesen minyak milik koperasi di Kulim, Kedah. Mereka yang berminat bolehlah mengedarkan 'resume' serta profile kepada Tuan Setiausaha Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan daerah Kulim Berhad di alamat No. 29, Jalan Putra 12, Pusat Perniagaan Putra, Kelang Lama, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman sebelum 20 Mei, 2009. Mereka yang mempunyai kelayakan berikut adalah layak untuk memohon: Berumur antara 25 hingga 45 tahun. Mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Matemetik serta lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya. Hanya calun-calun yang melepasi syarat kelayakan akan diterima dan dihantar mengikuti kursus bersama Petronas Dagangan Berhad.

SUK

Sunday, March 8, 2009

Mesyuarat Agung ke 52

Mesyuarat Agung ke 52, Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Berhad akan diadakan pada 2 Mei, 2009 (Sabtu) bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi, Kulim, Kedah. Semua anggota-anggota yang layak mengikut undang-undang kecil koperasi adalh dijemput hadir pada tarikh tersebut. Pendaftaran akan bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 10.00 pagi. Pendaftaran yang lewat tidak melayakan anggota menerima Elaun Kehadiran. Setiap anggota yang ingin mengemukakan usul atau cadangan hendaklah mengemukakan kepada Setiausaha Koperasi sebelum 30 April, 2009.

Seperti tahun-tahun sebelum, hadiah dan derma pelajaran akan diserahkan kepada anak-anak anggota yang berjaya didalam Peperiksaan UPSR,PMR,SPM/SPMV dan STPM tahun 2008. Borang-borang permohonan untuk mendapatkan hadiah dan derma pelajaran boleh diperolehi di pejabat koperasi pada hari dan waktu pejabat dibuka. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2009. Kepada anggota-anggota yang berkelayakan jangan berlengah lagi.

Hormat dari SUK