Sunday, July 12, 2009

Takut Apa Orang Lain Kata

Penyakit takut apa orang lain kata ini, adalah salah satu penyakit manusia primitif yang pengendalian sosialnya juga bersifat primitif, dimana gosip merupakan salah satu cara pengendalian sosial yang efektif. Penyakit primitif ini masih dihidapi oleh masyarakat kita yang kita akui sudah bertamadun, dihidapi oleh hampir setiap institusi sosial kita, daripada yang sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya. Kita jadi kurang yakin, mungkin kerana kurang ilmu. Sebagai contoh, sering dapat kita lihat atau kita alami sendiri, dalam melaksanakan sesuatu tindakan untuk kebaikan keluarga kita sendiri, kita sering takut-takut. Takut nanti apa kata orang lain, apa kata jiran sebelah, apa nanti kata si anu. Akhirnya, apa yang baik itu tidak jadi kita kerjakan.

Fikir-fikirkanlah.

Katak

Seekor katak merasa amat bangga dan selesa apabila dapat melompat sesuka hati dibawah tempurung yang kecil. Setiap kali dia melompat, dia akan menerjah kulit tempurung. Setiap kali dia merangkak dia merasakan seluruh dunia sudah dikuasainya.
Satu hari seekor lembu telah tersepak tempurung tersebut. Terkejut besarlah sikatak yang berada dibawah. Dia melompat semahunya. Dan terus melompat dan melompat. Alangkah luasnya dunia ini kata sikatak!

Mesejnya..........setiap manusia perlukan perubahan. tanpa perubahan manusia itu kekal jumud dan ketinggalan.....

Saturday, July 11, 2009

Satu Waktu Dahulu


Satu waktu dahulu, orang lebih mengenali ceti. Sebab ceti boleh beri pinjam duit. Dalam cerita P.Ramlie pun ada sebut pinjam ceti. Ceti memainkan peranan penting satu waktu dahulu dalam memerangkap orang-orang miskin terutama pekerja rendah, petani, nelayan dan penoreh. Ceti akan memberi pinjaman dengan kadar bunga yang tersangat tinggi. Peminjam yang tidak dapat membayar balik bayaran pokok, memadai hanya membayar bunganya sahaja pada tiap-tiap bulan. Sebab itulah banyak tanah, kebun, ladang dan sebagainya tergadai kepada ceti. Di Kulim ada kampong bernama Kampong Ceti. Sampai begitu hebatnya peranan ceti. Nah, setiap tahun ceti akan balik ke India untuk hantar duit kepada suku sakat di India...........

Hari ini, masih ramai dikalangan masyarakat kita terperangkap dengan Ah Long. Peranannya sama seperti ceti diawal tahun 70 an. Bezanya ceti zaman moden ini lebih ganas dan zalim. Kalau bayaran pinjaman tidak dilunaskan, nyawa dan keselamatan anak isteri menjadi taruhan. Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri telah melancarkan perang terhadap Ah Long. Namun dimana tempat kita boleh membuat pinjaman? Dimana tempat kita boleh membuat simpanan untuk hari tua? Dimana tempat kita boleh meminta bantuan semasa kita amat memerlukannya? Jawapannya.....Sertailah bersama-sama kami dengan menjadi Anggota Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Berhad. hubungi kami dengan segera.........