Thursday, December 11, 2008

Sejarah Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Bhd.

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Berhad telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 1957 daripada nama asal Syarikat Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Berhad. Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Berhad disahkan pendaftarannya pada Tahun 1957 dengan nombor daftar 293/6/11.1352.Modal Syer Anggota sehingga 2007 ialah RM91,034.00. Modal Yuran Anggota RM3,651,205.80. Bilangan Anggota sehingga November 2008 ialah 721.Anggota Lembaga terdiri daripada Tn.Hj.Zainal Abidin bin Hj. Muhammad, Pengerusi,Tn.Hj.Zainul bin Mustaffa, Naib Pengerusi,En.Mohamad Khozali bin Junus, Setiausaha, En. Md Nasir bin Shabudin, Bendahari, dan ALK terdiri daripada En. Idrus bin Abdul Rahman, En.Ishak bin Yasin, En.Suhimee bin Yusoff, En. Md Ridhuan bin Md Naim dan Tn. Hj. mohd Saad bin Mohd Saman. Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Kecil ditubuhkan bagi membantu dan mengendalikan pengurusan koperasi serta merancang kegiatan dan aktiviti untuk faedah anggota-anggota semua. Jawatankuasa yang ditubuhkan adalah seperti berikut: JK Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan. JK Pengurusan Stesen Minyak Petronas. JK Pengurusan Cagaran, Bagunan dan Hhartanah. JK Kecil ICT Koperasi. JK Kecil Perhubungan Anggota. JK Kecil Pendidikan. JK Kecil Penerbitan dan JK Tugas-Tugas Khas. Keuntungan bersih pada tahun 2006 ialah RM503,806.15. Koperasi sedang bergiat didalam bidang-bidang, Jimat Cermat dan Pinjaman Wang. Menyewa Bangunan empat tingkat (Wisma Koperasi),Menyewa Rumah dan Kedai di Kampong Darul Aman, Kulim. Menyewa lot Tanah di Jalan Bayu, Kulim.Perniagaan 2 buah stesen minyak Petronas dan Perniagaan 2 buah Kedai Mesra.Aset-Aset Koperasi ialah Wisma Koperasi, Rumah / Kedai, Pejabat Pentadbiran Koperasi, Tanah Lot PT394/97 Bandar Kulim, Stesen Petronas Taman Seluang dan Stesen Petronas Kota Kenari. Koperasi ini pernah mendapat Pengiktirafan dan Anugerah kualiti Peringkat Negeri Kedah pada tahun 1995 dan Anugerah Khas Aktiviti Kredit Peringkat Negeri Kedah pada tahun 2006.

Wednesday, December 3, 2008

Kenapa Anda Perlu Menjadi Anggota Koperasi

Banyak kelebihan jika anda menjadi anggota koperasi. Anda boleh menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai bekalan semasa ada memerlukannya. Simpanan anda akan dibayar dividen dan bonos apabila genap setahun anda menyimpan.Simpanan anda terjamin dan tidak akan disalahgunakan. Ianya digunakan untuk pelaburan dalam aktibiti koperasi yang dibenarkan oleh Undang-Undang Kecil Koperasi.Anda mempunyai hak untuk mengetahui setiap perbelanjaan yang dijalankan oleh koperasi apabila diadakan mesyuarat agung. Anda boleh menyimpan seberapa banyak yang anda suka berdasarkan gaji pokok yang anda perolehi setiap bulan. Yuran anda boleh dijadikan cagaran apabila anda ingin membuat pinjaman dengan koperasi.Tunggu apa lagi! Jom dapatkan borang permohonan keahlian segera..

Kenapa Anda Perlu Menjadi Anggota Koperasi

Tuesday, December 2, 2008

Keahlian Koperasi

Anggota kerajaan yang berjawatan tetap, tinggal dan menetap di Kulim, mempunyai tanah atau rumah di Kulim bukan seorang yang muflis dan tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah adalah dipelawa untuk menjadi Anggota Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Bhd. Untuk keterangan lanjut tuan/puan boleh hubungi ditalian 044907373. Atau dengan datang sendiri kealamat No.29, Jalan Putra 12, Pusat Perniagaan Putra, Kilang Lama, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.