Tuesday, January 19, 2010

Apalah Malang Nasib Pak Kadok!

Anggota-anggota koperasi yang dihormati. Selamat menyambut tahun baru 2010. Semuga kita dikuatkan semangat dan keazaman untuk menempuh tahun 2010. Diawal tahun 2010 kita telah dikejutkan dengan berita gempar. Lebih daripada 3000 orang telah tertipu dengan skim menternak cacing yang mirip kepada skim cepat kaya. Sejumlah 25 juta ringgit telah dilaburkan oleh mereka yang inginkan keuntungan segera. Modus operandi yang berselindung disebalik perniagaan akhirnya terbongkar. Pelaburan yang dilaburkan akhirnya lebur. Kepada mereka yang telah melabur dengan skim cepat kaya tersebut, kita berharap mereka akan insaf bahawa tiada jalan mudah untuk mengumpul kekayaan. Tiada satu pertubuhan didalam Malaysia ini boleh menjanjikan pulangan dengan berkali-kali ganda dalam tempoh yang singkat. Kalau ada, kita perlu siasat sebelum kita tersesat. Siapa yang tidak mahukan kepada kekayaan? Tetapi biarlah kekayaan yang kita miliki melalui sumber yang benar dan halal. Bukan menipu.

Salam hormat dari saya SUK