Sunday, April 24, 2011

Mesyuarat Agung Ke 54

Mesyuarat Agung Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Bhd. akan diadakan pada 21 Mei 2011 (Sabtu) di Dewan Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi, Kulim,Kedah. Semua Anggota yang layak adalah dijemput hadir. Bayaran dividen 7%, Modal Syer 10% dan Elaun Kehadiran sebanyak RM100.00 akan dibayar pada hari tersebut.

Monday, June 28, 2010

Mesyuarat Agung Ke 53

Mesyuarat Agung Koperasi ke 53 telah selesai diadakan pada 15 Mei 2010. ALK yang baru telah diumumkan. Selepas mesyuarat semua kena buat kerja. Semua kena berikan khidmat dan buah fikiran.Tak kira yang lama atau yang baru. Pelantikan Jawatankuasa Kecil telah dimaklumkan dalam mesyuarat. Semua kena ambil maklum dan ambil tindakan. Kena adakan mesyuarat jawatankuasa kecil. Sama-sama perah otak macam mana nak bagi koperasi terus maju. Macam mana nak bagi dividen terus melonjak dan bukan menurun. Idea pula biarlah yang releven dan boleh dilaksanakan. Sebut fasal kerja termasuk juga pekerja koperasi. Tak kira dipejabat atau distesen. Semua mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Anggap tugas sebagai ibadat. Tak ada tempat lain untuk kita cari kerja dizaman yang serba serbi sukar hari ini. Kalau kita tak ikhlas dengan kerja dan tugas lambat laun majikan akan dapat kesan. Tugas hari ini orang boleh lihat dari hasil kerja yang kita buat. Sekian untuk bulan ini.

Thursday, April 15, 2010

Mesyuarat Agung ke 53

Mesyuarat Agung ke 53 akan diadakan pada 15 Mei 2010 bertempat di Dewan Serbaguna, Kelang Lama, Kulim. Semua anggota koperasi adalah dijemput hadir. Sempena dengan mesyuarat agung ini, pelanggan yang kerap menggunakan perkhidmatan distesen minyak Petronas Koperasi berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan. Jika anda belum melanggan dengan stesen minyak Petronas Koperasi, jangan tunggu lagi. Setiap pembelian RM30.00 berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah akhir tahun.
Salam hormat dari saya.
SUK.

Mesyuarat Agung ke 53

Tuesday, January 19, 2010

Apalah Malang Nasib Pak Kadok!

Anggota-anggota koperasi yang dihormati. Selamat menyambut tahun baru 2010. Semuga kita dikuatkan semangat dan keazaman untuk menempuh tahun 2010. Diawal tahun 2010 kita telah dikejutkan dengan berita gempar. Lebih daripada 3000 orang telah tertipu dengan skim menternak cacing yang mirip kepada skim cepat kaya. Sejumlah 25 juta ringgit telah dilaburkan oleh mereka yang inginkan keuntungan segera. Modus operandi yang berselindung disebalik perniagaan akhirnya terbongkar. Pelaburan yang dilaburkan akhirnya lebur. Kepada mereka yang telah melabur dengan skim cepat kaya tersebut, kita berharap mereka akan insaf bahawa tiada jalan mudah untuk mengumpul kekayaan. Tiada satu pertubuhan didalam Malaysia ini boleh menjanjikan pulangan dengan berkali-kali ganda dalam tempoh yang singkat. Kalau ada, kita perlu siasat sebelum kita tersesat. Siapa yang tidak mahukan kepada kekayaan? Tetapi biarlah kekayaan yang kita miliki melalui sumber yang benar dan halal. Bukan menipu.

Salam hormat dari saya SUK

Monday, November 23, 2009

Tunggu Apa Lagi???

Sudahkah anda menjadi anggota koperasi?
Jika belum, inilah masanya untuk anda merangka masa depan dan berjimat cermat untuk masa mendatang. Dikoperasi ini pelbagai kemudahan disediakan. Apakah kelebihan menjadi anggota koperasi?
Pinjaman: Kami menyediakan kemudahan pinjaman berikut kepada anggota-anggota
  1. Pinjaman Tunai.
  2. Pembelian Motosikal, Komputer dan Perabut.
  3. Pembiayaan Hartanah (Tanah dan Rumah).
  4. Pembiayaan Insuran Kenderaan dan Cukai Jalan.
  5. Derma Kematian.
  6. Perlindungan Insuran Tabaru' dan Takaful Malaysia.
  7. Hadiah dan Derma Pelajaran kepada anak-anak anggota.
  8. Jika anda merupakan pelanggan setia dengan stesen Petronas Kota Kenari dan Taman Seluang, anda layak untuk memenangi hadiah menarik pada setiap tiga bulan cabutan pelanggan stesen.

Berapa Yuran Kena Dibayar?

  • RM600.00 hingga RM800.00 =RM40.00 sebulan.
  • RM801.00 hingga RM1200.00 =RM50.00 sebulan.
  • RM1201.00 hingga RM1600.00 =RM60.00 sebulan.
  • RM1601.00 dan keatas = RM70.00.
  • Anggota yang bersara boleh terus kekal menjadi anggota dengan yuran minima RM40.00sebulan.

Bagaimana Untuk Menyertainya?!

Mudah! sila hubungi talian 04 4907373 atau datang sendiri ke

No. 29,

Jalan Putra 12, Pusat Perniagaan Putra, Kelang lama, 09000 Kulim, Kedah.

Wednesday, November 18, 2009

Sebutharga Membeli Asset Koperasi (Tanah & Bangunan

Sebutharga untuk membeli tanah dan bangunan milik Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Bhd. seperti yang diputuskan didalam Mesyuarat Agung ke 52 telah dikeluarkan mulai 17 November 2009 dan ditutup pada 24 Disember 2009. Semua anggota koperasi yang layak dijemput menyertai sebutharga tersebut.Pelan tanah serta sempadan lot boleh disemak di pejabat koperasi pada hari dan waktu pejabat.Harga rezab bagi hakmilik tersebut adalah seperti berikut; HSD 669 harga rizab RM70,000.00. HSD 670 harga rizab RM67,000.00.