Thursday, December 11, 2008

Sejarah Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Bhd.

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Berhad telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 1957 daripada nama asal Syarikat Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Berhad. Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Berhad disahkan pendaftarannya pada Tahun 1957 dengan nombor daftar 293/6/11.1352.Modal Syer Anggota sehingga 2007 ialah RM91,034.00. Modal Yuran Anggota RM3,651,205.80. Bilangan Anggota sehingga November 2008 ialah 721.Anggota Lembaga terdiri daripada Tn.Hj.Zainal Abidin bin Hj. Muhammad, Pengerusi,Tn.Hj.Zainul bin Mustaffa, Naib Pengerusi,En.Mohamad Khozali bin Junus, Setiausaha, En. Md Nasir bin Shabudin, Bendahari, dan ALK terdiri daripada En. Idrus bin Abdul Rahman, En.Ishak bin Yasin, En.Suhimee bin Yusoff, En. Md Ridhuan bin Md Naim dan Tn. Hj. mohd Saad bin Mohd Saman. Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Kecil ditubuhkan bagi membantu dan mengendalikan pengurusan koperasi serta merancang kegiatan dan aktiviti untuk faedah anggota-anggota semua. Jawatankuasa yang ditubuhkan adalah seperti berikut: JK Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan. JK Pengurusan Stesen Minyak Petronas. JK Pengurusan Cagaran, Bagunan dan Hhartanah. JK Kecil ICT Koperasi. JK Kecil Perhubungan Anggota. JK Kecil Pendidikan. JK Kecil Penerbitan dan JK Tugas-Tugas Khas. Keuntungan bersih pada tahun 2006 ialah RM503,806.15. Koperasi sedang bergiat didalam bidang-bidang, Jimat Cermat dan Pinjaman Wang. Menyewa Bangunan empat tingkat (Wisma Koperasi),Menyewa Rumah dan Kedai di Kampong Darul Aman, Kulim. Menyewa lot Tanah di Jalan Bayu, Kulim.Perniagaan 2 buah stesen minyak Petronas dan Perniagaan 2 buah Kedai Mesra.Aset-Aset Koperasi ialah Wisma Koperasi, Rumah / Kedai, Pejabat Pentadbiran Koperasi, Tanah Lot PT394/97 Bandar Kulim, Stesen Petronas Taman Seluang dan Stesen Petronas Kota Kenari. Koperasi ini pernah mendapat Pengiktirafan dan Anugerah kualiti Peringkat Negeri Kedah pada tahun 1995 dan Anugerah Khas Aktiviti Kredit Peringkat Negeri Kedah pada tahun 2006.

No comments: